exHpKQi2vL5LJylvUeGu2DCpH6du2hPMEj8onvHYzoHX8jQ' rel='icon' type='image/x-icon'/> Mencari Redha Ilahi: March 2012

Tuesday, March 27, 2012

Kawan vs Sahabat

assalamualaikum . korg sume sehat ? hurm . hari nie topik nak cakap pasal kawan vs sahabat ? apa makna kawan dan sabahat kat korg erk ? kadang2 nur pon tak paham . setiap orang lain pandangannya . bila pandangan pun dah berbeza , sebab tu lah macam2 boleh jadi . banyak tafsiran yang kita boleh dapat . how come meyh ? actually banyak sangat masalah pasal kawan . tak tau nak nasihat macam mane dah . aku hanya mampu berdoa yang terbaik buat kite semua jer . aku sayang korang sangat2 . aku tak minta pon di hargai . but , buat yang terbaik untuk diri sendiri . korang dah besar . korg boleh pikir mane yang baik . mane yang buruk . last word from me ! AKU SAYANG KORANG SANGAT2 . baik2 lha balik . kalau kita semua bersatu , kan bagus . banyak pahala yang kite boleh dapat . ingat tu . ! :D









p/s : to my bestfriend , Johan dan Aizat . tengs sebab selalu ada dengan saya . saya hargai korg sangat2 .

SUKA TAK ? JOM LIKE DAN KOMEN ! :)

Monday, March 26, 2012

Dia Sangat Suka Bergambar ! :)

ini lah sophea isabella . dia merupakan anak kepada angkasawan negara . dia juga sangat suka bergambar . sweet sgt2 . pandai pula tu buat action depan kamera . keletah dia sangat membuatkan org sekeliling gembira . :) . saya sangat sayangkannya . !















SUKA TAK ? JOM LIKE DAN KOMEN ! :)

Novel dan Hidupku !

hari nie ( 26 / 03 / 2012 ) . aku baru dapat pinjam novel member yang bertajuk DEAR YAYAH THE SERIES . jujur Nur cakap . Nur sangat gilekan novel . tak kesah lah ap novel pon . tebal mane sekalipon . mesti habis dalam mase 1 - 3  hari . ahah . Actually . aku dan novel tidak dapat dipisahkan . kadang2 orang kat sekeliling kita tak paham jiwa kita . hanya kita sendiri jer yang paham dunia kita . bru2 nie ayah ada belikan buku DEAR YAYAH volume 2 dan 3 . bru je kejap tadi habis bace . and ingat petang2 skit bru nak start bace DEAR YAYAH THE SERIES plak . ahah . ntah lah . tak taw nak cakap apa . hakikatnya aku memang sangat MENGGILAI NOVEL ! ! FACT ! ! harap korang sume paham lah aku nie macam maner yer . eheheh . T_T . malu sdah . "_"

' DEAR YAYAH 1 '

'DEAR YAYAH 2 '

' DEAR YAYAH 3 '

DEAR YAYAH 4 '

' DEAR YAYAH THE SERIES '




p/s : apa lagi . jom lha kite tengok same2 . ahah . siyes cite dye best giler . haha . tahniah buat Farihah Iskandar sebab dah dapat kuarkan cite yang best n gempak nie . 

( Permintaan : Farihah Iskandar tak nak sambungkan lagi ker cite nie . heheh :D )

SUKA TAK ? JOM LIKE DAN KOMEN ! :)

Friday, March 23, 2012

Nur Suhaila selamat jalani pembedahan

SHAH ALAM - Syukur, alhamdulillah! Ini kata-kata yang diluahkan oleh Hanita Mohd Tahir, ibu kepada Nur Suhaila Tukijan, yang selamat menjalani pembedahan di Hospital Universiti Sharjah, Dubai, hari ini.
Menurut Hanita, pembedahan bagi merawat anaknya yang menghidap 'Congenital Disorder', yang memakan hampir dua jam, berjaya disempurnakan oleh tiga pakar perubatan.
Nur Suhaila dibawa masuk ke dewan pembedahan sekitar jam 9.30 pagi waktu tempatan (1.30 tengah hari waktu Malaysia).
"Keadaanya kini stabil dan telah dipindahkan ke wad kira-kira 30 minit selepas selesai pembedahan.
"Berkat iringan doa rakyat Malaysia, Nur Suhaila berjaya dibedah dan segalanya berjalan lancar," katanya kepada Sinar Harian.
Menurut Hanita, doktor mengesahkan keadaan anaknya akan pulih dalam sedikit masa lagi, namun memerlukan dua rawatan susulan iaitu pada 26 Mac dan 3 April ini.
Sehubungan itu, beliau dan anaknya akan terus berada di Dubai, dan dijadualkan pulang ke tanah air pada 5 April ini.
Katanya, doktor memaklumkan bahawa pembedahan awal menyelamatkan Nur Suhaila daripada risiko jangkitan kuman kerana besar kemungkinan kedua-dua rahimnya akan dibuang sekiranya lambat dibedah.
"Alhamdulillah, pembedahan selamat dan berjalan lancar, tanpa sebarang risiko," katanya.
Dalam pada itu, maklumat diperoleh daripada www.malaysian-uae.com, portal rakyat Malaysia di Dubai, turut memaparkan gambar Nur Suhaila selepas menjalani pembedahan.
Menurut Exco MY-UAE, Zaida Khamis, Nur Suhaila dalam keadaan baik dan ditempatkan di Wad Wanita, Tingkat 1, Hospital Universiti Sharjah.
Sebelum ini, Nur Suhaila dijadualkan menjalani pembedahan esok, namun diawalkan sehari oleh pakar perubatan setelah menjalani ujian MRI dan ultrasound sebaik tiba di Dubai, kelmarin.
Kisah Nur Suhaila, dilaporkan Sinar Harian 22 Februari lalu, memerlukan RM60,000 bagi kos pembedahan.
Nur Suhaila mempunyai dua rahim dan salah satunya tidak berfungsi, dan pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 19, Shah Alam itu hanya mempunyai satu buah pinggang.
Selepas liputan tersebut, Tabung Nur Suhaila mendapat perhatian rakyat Malaysia yang sememangnya tersentuh hati dan prihatin akan nasibnya.
Hasil sumbangan orang ramai, pembedahan Nur Suhaila berjaya dilaksanakan.
Antara pihak yang menyumbang ialah Lembaga Zakat Selangor, Persatuan Bekas Tentera Malaysia; Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam, Badan Amal dan Kasih Negeri Selangor (Kasih), Kerajaan Negeri Selangor serta rakyat Malaysia di Dubai.
SUKA TAK ? JOM LIKE DAN KOMEN ! :)

TABUNG Adik Nur Suhaila - Bersama Kita Membantu

                                  KOS RAWATAN KESELURUHAN RM60,000
SETAKAT INI, RM13,000 BERJAYA DIKUMPUL

SHAH ALAM, 6 Mac 2012 :
Sejak kisah adik Nur Suhaila Tukijan, 15, yang menghidap 'Congenital Disorder' dipaparkan dalam Sinar Harian 22 Februari lalu, sumbangan orang ramai meningkat kepada RM13,000 hingga petang semalam.

Keprihatinan orang ramai yang menghulurkan sumbangan bagi membiayai kos perubatan Nur Suhaila menyentuh perasaan ibunya, Hanita Mohd Tahir. Ternyata ucapan terima kasih yang tidak terhingga tidak cukup baginya bagi menghargai sumbangan orang ramai demi menyelamatkan nyawa anaknya.

Hanita berkata, orang ramai terus menyumbang selepas kisahnya dipaparkan iaitu memerlukan RM60,000 untuk menampung kos rawatan keseluruhan. "Saya amat terharu atas keprihatinan orang ramai yang simpati dengan nasib anak saya. Terima kasih yang tidak terhingga kepada mereka yang membantu. Semoga mereka sentiasa dimurahkan rezeki. Hasil sumbangan orang ramai juga, saya telah mendapatkan tiket kapal terbang, penerbangan pada 19 Mac ini, bagi membolehkan Suhaila menjalani pembedahan di Hospital Universiti Sharjah, Dubai," katanya.

Pembedahan dijadual pada 22 Mac ini. Hanita berharap ada cahaya bagi anaknya meneruskan kehidupan seperti anak-anak lain. Sinar Harian difahamkan, Lembaga Zakat Selangor juga dalam proses mempertimbangkan dana RM35,000 bagi menampung kos rawatan Nur Suhaila. Nur Suhaila, pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 19, Shah Alam menghidap 'Congenital Disorder'.

Nur Suhaila mempunyai dua rahim, dengan salah satunya tidak berfungsi dan satu buah pinggang sahaja. Pembedahan di Dubai akan membuang rahimnya yang gagal berfungsi tetapi terus membengkak.

Bagi yang ingin terus memberi sumbangan, boleh berbuat demikian menggunakan akaun Maybank milik Hanita : 112101581281.

SUKA TAK ? JOM LIKE DAN KOMEN ! :)

Tuesday, March 13, 2012

Impianku Ingin Terus Berada di Awan Biru ^_^

inilah kehidupanku yang amat menyukai dunia penerbangan . aku sendiri tak tahu knp . tapi , aku memang menyukainya . best sgt bila berada kat tempat tinggi nie . hurmm . jom lha kite tgk gmbr je yer . impian aku . :)









































SUKA TAK ? JOM LIKE DAN KOMEN ! :)